KL TODAY
Ceramah
politik di Lembah Pantai kecoh apabila kem PKR dan Umno masing-masing
bertembung dan membuat provokasi sehingga mendatangkan kecederaan kepada
penyokong. Kekecohan itu mengakibatkan seorang lelaki warga emas cedera
didahi apabila terkena batu yang dibaling secara rawak daripada kem
Umno dan segera dikejarkan ke hospital berdekatan dengan
ambulans.
Manakala beberapa penyokong lain dilaporkan turut mengalami
cedera ringan, malah beberapa tayar kenderaan termasuk kereta milik
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dipancitkan.
Insiden
berpunca apabila ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
diperkarangan Flat Pantai Permai Dalam diadakan hanya beberapa meter
bersebelahan dengan ceramah Ummi Hafilda Ali di Kuarters DBKL Perumahan
Pantai Permai di sini malam tadi.
Hampir 100
Pemuda Umno Lembah Pantai sebelum itu menghalang jalan utama menghala
ke ceramah PKR dengan membawa sepanduk tertera perkataan “Anwar punca
keganasan di negara ini”.
Hanya
dipisahkan oleh pagar besi, sekumpulan anak muda daripada kem Umno yang
memakai baju merah ‘Patriot’ memegang bendera Umno dilihat mula
memanaskan suasana setibanya Anwar ke tapak ceramah kira-kira 10.30
malam.
Melalui
provokasi lisan, mereka bersorak ‘tibai’ dan ‘liwat’ manakala Ummi
Hafilda juga dilihat berucap dipentas mengaibkan Anwar dengan isu video
lucah dan menggelarkannya ejen Yahudi.
Namun
penyokong PKR berjaya ditenangkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul
Izzah Anwar yang menyifatkannya sebagai perkara biasa sejak beliau
menentang bekas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil empat
tahun lalu.
Walaupun
bekalan elektrik putus seketika di kem PKR dipercayai akibat disabotaj,
namun Anwar dilihat terus bersemangat berucap dihadapan kira-kira 1,000
hadirin.
Kehadiran
beberapa anggota polis yang bertugas mengawal keadaan disepanjang pagar
dilihat tidak mampu menyekat kemarahan penyokong apabila kedua-dua belah
pihak mula saling membaling air mineral.
Manakala ucapan Anwar dan Ummi yang saling boleh didengari melalui pembesar suara kelihatan seperti berdebat dan turut saling berbalas isu yang ditimbulkan masing-masing sambil diiringi sorakan penyokong.
Warga emas cedera di bahagian dahi, manakala gadis itu patah pergelangan tangan (gambar bawah).
Kedua-dua mereka diberi bantuan perubatan, kata Setiausaha Politik kepada Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil.
Ketua Umum
PKR itu telah mengarahkan lelaki tersebut dibawa ke pusat kesihatan
berhampiran dan terus menyalahkan Umno atas kejadian tersebut.
“Inilah cara pemuda Umno. Seorang lelaki cedera kerana terkena batu yang dilontar Pemuda Umno!
“Saya
cabar (Datuk Seri) Najib (Razak) untuk berdebat, bukan menghantar
samseng untuk melakukan perkara ini,” kata Anwar dan disambut sorakan
daripada 100 penyokongnya yang majoritinya ahli PKR.
Beliau
berkata sebuah kereta yang dimiliki Ahli Parlimen Shah Alam (PAS),
Khalid Samad yang diletakkan di sepanjang jalan, telah dikelar tayarnya.
Insiden
tersebut turut menyaksikan sekitar 500 peserta ceramah Umno melakukan
provokasi dengan menjerit sebaik sahaja Umni Hafilda Ali berceramah di
pentas Umno sebaik sahaja Anwar atau mana-mana pemimpin PR berucap.
“Anwar
al-Juburi. Dia pro Israel. Dia bapa kaki perempuan,” jerit wanita
terbabit, yang dilihat cuba menenggelamkan ceramah Anwar.
Keadaan itu membuatkan Anwar berkata: “Kita nak menang pilihan raya melalui pilihan raya, bukan dengan menghina orang.
“Saya dah
biasa dihina setiap hari, sejak 14 tahun lalusaya telah dihina di TV3
dan Utusan Malaysia,” katanya disambut sorakan penyokongnya.
“Sedangkan naga (Mahathir) aku lawan, inikan pula cicak mengkarung (Ummi Hafilda)?…Kamu nak baling? Baling!,” katanya.
Keadaan
semakin tegang apabila serangan telur mentah dan air mineral mula
melayang secara bertubi-tubi sehingga membangkitkan kemarahan penyokong
PKR.
Namun dengan bantuan polis dan Unit Amal PAS, suasana berjaya dikawal tanpa kejadian serangan balas secara lebih agresif.
Insiden itu turut berjaya mengalih tumpuan perhatian orang ramai kedua-dua belah kem yang pada mulanya tekun mendengar ceramah.
Kedua-dua ceramah itu bagaimanapun berjaya ditamatkan sebelum pukul 12 malam dan orang ramai dilihat bersurai secara aman.
Fahmi
berkata Nurul Izzah akan membuat laporan polis sebelum sidang akhbar
pada tengah hari yang akan diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya
pada Jumaat.
Ini adalah kali ketiga bahawa majlis Pakatan Rakyat terganggu.
Hujung minggu lalu, insiden yang sama berlaku di Merlimau dan Melaka.
Fahmi
berkata pihaknya sudah pun memohon permit ceramah hampir sebulan lalu,
namun hanya mengetahui ceramah Umno diadakan pada hari yang sama ditapak
sebelah dua hari yang lalu.
Selain
Izzah, Khalid, dan Anwar, ceramah perdana ‘Hala Tuju Ekonomi dan Politik
Tanahair’ turut dihadiri Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ketua
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Manakala
majlis penerangan perdana ‘Ganyang Petualang Negara’ dihadiri Pengurus
Besar (Operasi) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kapten (B) Dr
Shamsuddin Munir, Bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah
Pantai M Parthiban, Ustaz Ahmad Najib Yusof, selain Ummi Hafilda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan