Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta
bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal
selam Scorpene.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia
dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik
kroninya.
“Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan
ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya
kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.
“Berbanding
agensi sama di Perancis yang berjaya mengesan skandal ini yang jelas
bertentangan dengan undang-undang di negara berkenaan,” katanya.
Beliau
mengulas pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bahawa Najib semasa
menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar
daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai
syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.
Kedua
katanya, dokumen itu mengesahkan penglibatan Najib dalam skandal itu
dan ia hanya satu daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini.
“Rakyat
tidak mempertikai pembelian kapal selam kerana ia amat diperlukan
kerana negara kita memiliki sempadan seperti Selat Tebrau dan Laut Cina
Selatan tetapi yang kita pertikai ialah proses pembelian.
“Najib
mungkin boleh lepas di Malaysia kerana beliau berkuasa menekan agensi
kerajaan, namun pasti gagal di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.
Ketiga
pula jelas Saifuddin, apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai skandal
Scorpene selama ini adalah benar dan menjadi kewajipan Najib untuk
menjawabnya.
“Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.
“Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.
“Malaysia
kini menjadi tumpuan dunia ekoran penglibatan Najib dalam skandal
rasuah dan ini sangat memalukan negara kerana pemimpinnya sanggup
meminta rasuah demi kepentingan diri dan kroni,” katanya.
Najib
sebelum ini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai kes
perbicaraan rasuah Scorpene oleh wartawan, malah memendekkan sidang
media di Universiti Sains Malaysia, 21 April lalu.
Beliau ditanya sama ada akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.
Bagaimanapun, sidang media yang tidak sampai 10 minit itu segera ditamatkan.
Tinjauan
Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang
pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda
telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak
diketahui punca perniagaannya.
Terasasi,
yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart
Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat
tempatan.
Terdahulu
Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah
digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144
juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat
pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih
dikenali sebagai Thint Asia.
Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laman web
tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong
adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di
Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.
Laporan
yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard
di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.
Menurut
Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa
sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat
Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia
sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini
berlaku.
Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan