UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan meluluskan peruntukan RM100,000 kepada Koperasi Angkatan Wanita Bersatu Kuala Lumpur Berhad (Koopnita) sebagai penghargaan terhadap sumbangan kaum hawa dalam bidang itu.Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, jumlah itu melibatkan RM50,000 dalam bentuk geran dan bakinya sebagai modal pusingan.
“Sembilan juta anggota koperasi berdaftar di negara ini dan daripada jumlah itu, 2.8 juta merupakan wanita dan 199 koperasi wanita beroperasi dengan jayanya," katanya semasa melancarkan Koopnita.
Ismail Sabri berharap dengan peruntukan itu, kaum wanita akan lebih serius dalam aktiviti koperasi bagi meningkatkan taraf ekonomi wanita serta mmenyumbang kepada pendapatan negara.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan