SABAH DAILY
Hanya
segelintir dari jumlah yang dikatakan 70,000 yang memenuhi Stadium
Bukit Jalil pada malam sebelumnya hadir pada tengahari semalam.
Terdapat beberapa buah khemah pameran dan gerai yang telah dipasang di luar stadium, tetapi tidak ramai orang menjengahnya.
Tiada
seorang ahli politik pun yang datang berhimpun pada malam sebelumnya
kelihatan hadir di karnival pada hari semalam, yang hanya dihadiri tidak
lebih dari 300 orang sahaja pada awal tengahari.
Mengikut aturcara program, karnival yang "masuk-percuma" itu sepatutnya bermula jam 10 pagi.
Kebanyakan tumpuan hanya di khemah expo kerjaya oleh Pemuda BN, arena paintball dan beberapa gelanggang futsal.
“Hari
ini pagi Sabtu. Keadaan begitu sunyi. Saya harap lebih ramai akan
datang pada sebelah tengahari,” kata seorang yang enggan dikenali
selepas membahagikan risalah-rasalah pada jam 11 pagi.
Hal ini sepatutnya tuidak berlaku, sedangkan taman "inflatable castles" dan "skateboard" juga telah diwujudkan.
Malah,
kerana terlalu kurang orang yang menghadiri karnival tersebut, beberapa
kakitangan yang bosan mwnunggu pengunjung mengambil kesempatan
menghiburkan diri mereka dengan bermain sendiri di khemah-khemah
berkenaan.
Karnival akan berakhir jam 6 petang hari ini. -FMT
Hari kedua sambutan ulangtahun ke 66 semalam berlangsung dengan keadaan sunyi sepi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan