MALAYSIA KINI
Kerajaan
dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis
didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang
wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.
Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.
Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dijemput untuk menghadiri pertemuan tersebut.
Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.
Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan