Sabtu, 5 Mei 2012

EGM Majlis Peguam bahas 12 resolusi BERSIH

MALAYSIA KINI
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei ini akan membincangkan 12 usulberkaitan kawalan polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

bersih 3 rally 040512 zw07Menurut pekeliling yang disiarkan malam tadi, ia antaranya bertujuan mengutuk kekerasan berlebihan anggota polis ketika menyuraikan peserta, tangkapan tidak wajar dan rampasan peralatan rakaman yang menyalahi undang-undang.

Resolusi lain berhubung perhimpunan 28 April itu juga:
  • Menyeru polis mengenal pasti kakitangan yang ingkar dan mendakwa mereka.
  • Mengulangi gesaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
  • Menggesa menteri dalam negeri dan ketua polis negara memohon maaf secara terbuka berhubung cara anggota polis menyuraikan peserta.
  • Menggesa menteri dalam negeri dan ketua polis negara memohon maaf secara terbuka bagi kes serangan menggunakan kekerasan.

Tiada ulasan: