SABAH KINI |
Saudara pengarang,
BAHAWASANYA
saya, Butitit Poimposik (nama samaran) ingin melaporkan kepada Perdana
Menteri, Ketua Menteri, Menteri Dalam Negeri, Jabatan Penguatkuasa dan
rakyat Sabah agar memantau dan menyiasat kegiatan subversif iaitu
pemberian hak kerakyatan kepada samseng dan pendatang asing dari India
yang telah lama menjadi warganegara Malaysia melalui jalan songsang.
Nama individu
tersebut adalah Mohd Ansar bin Maidin. Saya mengutarakan perkara ini
adalah sebagai susulan daripada laporan yang dikemukakan oleh Chung Jun
Li di Sabahkini.net baru-baru ini bertajuk 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?'
Sebagai
warganegara saya berasa hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan
drastik untuk menyiasat orang India Muslim di Sabah ini yang memiliki
kad pengenalan serta mempunyai hak untuk mengundi dan mendapat taraf
bumiputra? Adakah ini yang diinginkan oleh kerajaan BN?
Mohd
Ansar Bin Maidin mendapatkan kad pengenalannya menggunakan kad
pengenalan orang mati. Ansar pada mulanya bekerja di Arab Saudi sebagai
pengawal keselamatan di rumah majikannya iaitu Basir. Dia dipecat kerana
menggangu isteri majikannya dan kembali ke India.
Selepas
itu Ansar datang ke Sabah menggunakan kapal layar Vahuci dari pelabuhan
Chennai, India ke Pulau Pinang dan ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur
beliau menaiki kapal terbang ke Sabah dengan menggunakan pasport
bernombor V149849 (ada dalam simpanan Jabatan Imigresen) dengan nama
sebenarnya iaitu Mohamed Ziavuden.
Di
Sabah, beliau bekerja di Beaufort sebagai tukang membuat roti canai di
Kedai Kopi Al-Madina dan selama di sana, beliau bergaul dengan orang
kampung. Beliau tinggal bersama orang tempatan yang bernama Hj Maidin
dan ketika itu anak lelaki Hj Maidin meninggal dunia.
Peluang
inilah yang digunakan sebaiknya oleh Ansar untuk mengurus kad
pengenalannya. Beliau menawarkan RM 2,000 kepada Hj Maidin untuk membeli
kad pengenalan dan surat beranak arwah anak lelaki Hj Maidin dan beliau
mula mengurus kad pengenalannya di JPN Beaufort dan berjaya mendapat
Mykad bernombor 620617-12-5063.
Setelah
berjaya mendapat kad pengenalan untuk dirinya beliau mula menguruskan
kad pengenalan untuk semua pendatang India di Sabah. Di samping itu juga
untuk mengabui kegiatan yang menguntungkan ini, beliau berkongsi dengan
orang tempatan untuk menjalankan perniagaan iaitu Restoran dan Kedai
Makan di daerah Papar pada tahun 1990.
Setelah
mendapat untung yang lumayan dari perkongsian ini, Ansar mula
menyeleweng terhadap rakan kongsinya dan menjalankan perniagaan tersebut
sendiri dan seterusnya mengembangkan empayar perniagaannya ke Kota
Kinabalu dengan memiliki empat restoran iaitu:
1. Restoran Fishead Curry House di Kolombong.
2. Restoran Fishead Curry House di Api-Api, Block 5, Kota Kinabalu.
3. Restoran Mime Curry House di Menggatal.
4. Restoran Aslinah Curry House di Inanam.
Beliau
sangat berjaya dalam perniagaan dengan menggunakan hasil wang mengurus
kad pengenalan ini sehingga sekarang. Kini beliau meluaskan kegiatannya
dengan menjadi rangkaian sindiket baru untuk pengeluaran resit JPN yang
palsu bagi memudahkan perjalanan kepada pendatang-pendatang asing
termasuk pendatang asing Filipina dan Indonesia yang menjadi
'connection, partner' dan pekerja mereka untuk melakukan aktiviti
perniagaan yang lain iaitu akitiviti haram.
Sindiket ini turut dianggotai oleh rakan-rakanya seperti Anifah Bin Kassim, Said Bin Meran dan Kassim Bin Kamal.
Mohd
Ansar turut melakukan perniagaan haram seperti penyeludupan syabu dan
beliau adalah seorang samseng yang kaki minum dan kaki perempuan
sehingga pernah mempunyai kes polis kerana memukul orang; serta
menggangu isteri orang dan sehingga sekarang kes beliau boleh dirujuk di
Balai Polis Penampang.
Saya
juga mempunyai bukti gambarnya melakukan zina dengan wanita-wanita ini
serta senarai dokumen pengenalan yang diuruskannya. Beliau juga pernah
ditahan di Kuala Lumpur suatu masa dulu kerana melakukan aktiviti wang
palsu yang diperbuat daripada 'tangghasi' dari India.
Beliau
juga adalah pengamal ilmu hitam dan memelihara toyol dan perkara ini
jelas kelihatan jika anda pergi ke setiap restorannya anda lihat pada
setiap penjuru atas dan cuba perhatikan kain warna hijau yang digantung.
Dalam kain hijau itu ada mengandungi toyol.
Beliau
juga turut menikmati hak bumiputra seperti orang tempatan dengan
mendapatkan rumah murah di kampung Limau-limauan, Papar; rumah murah di
kampung Kalansanan, inanam untuk isteri pertamanya; rumah murah di Kg
Delima Tanah Bumiputera Jalan Sulaman dan dihuni oleh pendatang asing
yang dipeliharanya dan mereka inilah yang menggunakan resit JPN palsu.
Akhir
kata, senario ini sangat menyedihkan kerana selama ini orang seperti
Mohd Ansar ini dibiarkan begitu saja oleh pihak berkuasa terutama
memegang jawatan penting dalam Dewan Perindustrian dan Perniagaan India
Muslim Sabah (DPPIM) dan menjadi orang kanan Datuk Baisulkhan Salman
Faris.
Patutlah
isu RCI sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan kerana sudah pasti
mereka ini akan mendaftar sebagai pengundi kepada kerajaan pada pilihan
raya nanti. Buat masa ini saya sedang mengumpulkan bukti semua senarai
nama yang telah, sedang dan akan diuruskan oleh beliau untuk mendapatkan
kad pengenalan dan resit JPN palsu.
Yang Benar,
BUTITIT POIMPOSIK
|
4 ulasan:
siasat hal ini, jgn biarkan jenayah ini berluasa.
Jika ada bukti yang cukup, jangan teragak-agak untuk ambil tindakan undang2.
Kedaulatan negara/negeri harus dilindungi. Memberi kewarganegaraan secara songsang akan membawa lebih banyak keburukan.
kalau baca tulisan ini, bukan kerajaan yang membantu beliau mendapatkan kad pengenalan.. sebaliknya rakyat tempatan sendiri yang membantu beliau untuk mendapatkan status kewarganegaraan.. kenapa mudah sangat rakyat kita memenuhi permintaan mereka hanya kerana wang ringgit?? dan mudah pula rakyat kita menuduh kerajaan bila berlaku masalah atau kebanjiran warga asing di negeri ini..
Borneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
Catat Ulasan