KL TODAY
Impian
Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan
penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai
PAS.Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan
Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai
PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat
Ali Ibrahim, 62.Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili
rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan,
Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir
sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul
Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin,
Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh,
Saharudin Mustafa.
Mat Ali
yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula
Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.
“Saya
melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang
tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak
penyelewengan yang berlaku.
“Namun
sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan
sokongan kawan-kawan mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam
ini,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.
Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.
Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.
Manakala
rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian
Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan
semasa yang berlaku sekarang.
Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.
“Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.
“Namun
peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai
ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak
berubah,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan