Sudah tiga minggu
perhimpunan BERSIH 3.0 berlalu, sebuah perhimpunan yang menuntut agar
Pilihanraya Umum dijalankan dengan bersih dan telus. Ketakutan
pemerintah dengan kebangkitan hampir 300 ribu rakyat memenuhi
jalan-jalan dan lorong di ibu kota daripada diketahui umum khususnya
pengundi atas pagar segera ditangkis dengan mengalih isu kepada
keganasan demonstran yang mencetuskan ketegangan awam. Media dan segala
jentera digunakan bagi menggambarkan betapa jahatnya perhimpunan ini
yang kemudiannya dikaitkan pula semua ini adalah agenda rakus Pakatan
Rakyat.
Tidak
cukup itu, cubaan memperkakaskan Majlis Fatwa pula dilakukan dengan
menjatuhkan hukum haram menyertai perhimpunan sebegini. Heboh-heboh
perdebatan di antara pemerintah yang menuduh Pakatan Rakyat cuba
menggulingkan kerajaan dengan cara rusuhan dan Pakatan Rakyat pula
membalas hujah tersebut berlarutan lamanya. Paling celaka apabila Anwar
Ibrahim dan Azmin Ali tiba-tiba menjadi panas namanya kerana kononnya
merekalah penganjur segala bentuk keganasan pada hari itu. Jawatankuasa
penganjur seperti Ambiga pula terus diburukkan imejnya sehingga hari
ini dan terus diganggu keselesaan hidup sehingga sampai ke halaman
rumahnya.
Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar. Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah. Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten. Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun.
Maka
dengarnya parti-parti Pakatan Rakyat sudah mula bermesyuarat untuk
bersiap sedia menghadapi pilihanraya tersebut. Inilah persoalan yang
bermain di minda rakyat. Bagaimana dengan perjuangan BERSIH 3.0?
Mengapa tiba-tiba hendak menyertai PRU sedangkan kerajaan Barisan
Nasional dilihat tidak berminat untuk menunaikan lapan tuntutan
tersebut? Apakah Pakatan Rakyat mahu ditipu lagi dan apakah rakyat mahu
juga mengundi dalam keadaan sudah terjamin kalah akibat penipuan yang
dirancang rapi seperti apa yang telah berlaku pada pilihanraya sebelum
ini? Seriuskah sebenarnya Pakatan Rakyat hendak menakluki Putrajaya
sedangkan perjuangan untuk memastikan pilihanraya adil dan telus pun
hangat-hangat tahi ayam? Itu belum lagi perjuangan yang lain seperti
Mansuhkan ISA, perjuangan menentang PPSMI yang sepatutnya dimansuhkan
tahun ini tetapi kerana protes yang lesu maka kerajaan masih boleh terus
bernafas lega dan menyorokkan masalah ini di bawah karpet.
Saya bukan hendak mengulas tentang kisah semua ini akan tetapi saya berasa gusar apabila semua heboh-heboh ini telah menyebabkan matlamat perjuangan lapan tuntutan BERSIH 3.0 ditunaikan telah tersasar. Pakatan Rakyat telah membuang masa yang sangat berharga dek kerana sibuk melayan kerenah badut-badut upahan yang membuat cerita lucah, menonggeng dan menfitnah. Sepatutnya perjuangan menuntut lapan perkara yang digariskan di dalam BERSIH 3.0 ini diteruskan dengan konsisten. Ditambah pula lagi baru-baru ini tersebar berita yang Pilihanraya Umum akan diadakan pada bulan Jun.
Anak-anak muda dalam parti politik Pakatan Rakyat juga sepatutnya harus terus turun mendekati rakan sebaya mereka menerangkan risalah perjuangan, bukannya berpolitik dan melobi menjadi calon. Agak mengecewakan juga apabila perjuangan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sebagai protes menentang PTPTN disambut dingin oleh anak-anak muda parti politik disebabkan tidak sebulu. Kata anak-anak muda parti, mahasiswa ini berlagak dan mengkritik parti. Seharusnya mereka mencari titik persamaan apatah lagi isu PTPTN ini isu anak muda. Jika isu anak muda gagal disahut sendiri oleh anak-anak muda di dalam parti politik yang bercita-cita untuk memerintah, makanya apa sebenarnya obor perjuangan anak muda di dalam parti politik?
Itu belum lagi golongan pencinta bahasa, budayawan dan golongan sebagainya yang terawang-awang berjuang dan masih gagal melihat "musuh" sebenar dalam kemelut ini. Mereka lantang apabila isu bahasa dipinggirkan malah sekumpulan seniman juga pernah membuat persembahan protes menentang rampasan tanah kampung tradisional untuk tujuan pembinaan projek tetapi itu kerana salah seorang daripada seniman tersebut adalah penduduk asal kampung tersebut. Dalam isu lain mereka membisu pula walhal mereka seharusnya sedar segala mehnah yang timbul pada hari ini baik isu bahasa, pencerobohan tanah, rasuah mahu pun penyelewengan kuasa atau segala bapa kejahatan di atas bumi Malaysia pada hari ini datangnya dari satu musuh sahaja iaitu sebuah kerajaan yang zalim.
Saya
percaya sekurang-kurangnya 10% daripada 300 ribu orang peserta
demonstran adalah pelanggan sebuah stesen televisyen berbayar. Hari ini
mereka terus membayar stesen itu untuk terus menfitnah mereka sendiri.
Bayangkan 10% daripada peserta perhimpunan BERSIH 3.0 ini (mungkin
lebih daripada itu) memboikot dan menghentikan langganan apakah stesen
televisyen berbayar ini tidak rasa tergugat dan akan berfikir lebih
daripada sekali untuk melaporkan fakta yang salah pada lain kalinya?
Mengapa ini pun tidak mampu dilakukan? Apakah susah untuk melakukan
ini? Apa kata buat sahaja yang ini dahulu sebelum melangkah berteriak
dengan kuat. Tidak ketinggalan zaman kita rasanya jika tiada
benda-benda seperti itu. Jangan biarkan musuh ada di dalam rumah kita
sendiri.
Semua rakyat Malaysia, seniman dan budayawan, ahli politik, anak muda tidak kira di dalam atau di luar parti jika mahu melihat kerajaan yang zalim ini tumbang haruslah duduk bersama mencari titik persamaan agar Malaysia baru dapat ditegakkan. Percayalah jika kita bersatu meneriakkan slogan "tunaikan lapan tuntutan" dengan lantang dan konsisten tanpa henti-henti segala tonggeng punggung, jual burger depan rumah orang, mengheret ibu ahli politik masuk televisyen akan gugur dengan sendirinya dan mimpi menakluki Putrajaya akan jelas dan memang nyata akan menjadi realiti!

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan