Isnin, 12 Disember 2011

Projek lembu: Elak Umno, kerajaan dituduh bersubahat


MALAYSIA KINI

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Dr Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Datuk Seri Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Puad, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun sebanyak RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelak kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

NONEBeliau berkata sebagai individu bertanggungjawab, Mohamed Salleh sepatutnya menjawab segala pertuduhan, dan jika tidak mampu mempertahankan diri, beliau harus segera melepaskan jawatan.

"Sepatutnya dia perjelaskan, kalau tak betul tuduhan tu, dia boleh saman dan kalau betul tuduhan itu, beliau perlu meletak jawatan.

"Itu cara orang bertanggungjawab. Ini supaya kerajaan tidak lagi dituduh macam-macam, itu penting... jangan dia mendiamkan diri, menyelamatkan diri, sedangkan orang lain dapat masalah, itu tidak adil kepada kerajaan," katanya.

Mohd Puad berkata sebagai suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, Mohamed Salleh harus sedar tindakan berdiam diri akan turut memberi kesan kepada kedudukan isterinya.

NONE“Salleh kena sedar dengan berdiam diri dia juga menyusahkan Shahrizat, bila orang serang Shahrizat, orang akan serang Umno, sedangkan itu isu syarikat, kenapa dia perlu jadikan orang lain sebagai tempat melepaskan geram, itu tidak patut," katanya.

NFC ialah satu entiti korporat swasta yang dipilih kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan bagi menjamin keselamatan pengeluaran makanan negara.
- Bernama

1 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

Nak elak yang macam mane?

Yang bagi projek tu siapa?

Yang dapat projek tu siapa?

Tanggapan rakyat bagaimane?

Kalau lah projek ni tidak di beri kepada suami Shahrizat, makan tidak timbul lah cerita NFC dan UMNO @ Ketua Wanita UMNO itu saja.