Isnin, 12 Disember 2011

IGP: 'Christmas Carol' digalakkan dapat permit polis


MALAYSIA KINI

Polis menyarankan penganjur perarakan "Christmas Carol" memohon permit di ibu pejabat polis daerah (IPD) di kawasan masing-masing sempena perayaan Hari Krismas pada 25 Disember ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata permohonan permit untuk mengadakan upacara keagamaan sememangnya tidak diwajibkan sebelum ini, namun atas dasar keselamatan orang awam, penganjur digalakkan memohon permit itu.

"Kami sangat fleksibel tetapi adalah bagus jika mereka memaklumkan kepada kami. Dengan pemberitahuan, kami dapat mengawal perarakan tersebut untuk menjamin keselamatan orang awam dan mengawal lalu lintas," katanya selepas menutup Kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama

Tiada ulasan: