Jumaat, 30 Disember 2011

Tabloid Siasah berwajah baru kurang sambutan

"Kini cetakan turun kepada 48, 000 seminggu," katanya sambil tertawa.


PETALING JAYA: Tabloid mingguan Siasah berwajah baru kurang mendapat sambutan, dakwa seorang pekerjanya hari ini.

“Cetakan awal 100, 000 naskhah tetapi 75, 000 tidak laku. Beri percuma pun orang tidak mahu.

“Kini cetakan turun kepada 48, 000 seminggu,” katanya sambil tertawa.

Tabloid Siasah dikatakan dibiayai oleh seorang tokoh korporat terkenal Tan Sri Rozali Ismail yang juga bendahari Umno Selangor.

Tabloid itu pada mulanya rapat dengan PAS dikatakan pernah parti pembangkang itu membiayai penerbitannya.

Kandungan tak sesuai

Ia mula berpindah tangan kepada pengurusan baru pada pertengahan 2011 dengan sebahagian editorial bekas pekerja kumpulan NSTP.

Menurut pekerja itu lagi, Rozali sendiri yang menentukan kandungan tabloid Siasah berkenaan.

“Saya rasa kandungan itu yang menyebabkan Siasah sekarang kurang mendapat sambutan.

“Orang nak baca berita baru bukan yang sudah keluar dalam media lain,” tambahnya.

Tiada ulasan: