Rabu, 28 Disember 2011

Krisis PAS Selesai - Hasan Ali jumpa Nik Aziz Mohon Maaf.

Radhi Razak

alt

BACHOK - Isu panas yang dihadapi PAS baru-baru ini selesai setelah Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali secara sukarela menemui Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat semalam bagi mencari jalan merapatkan kembali hubungan yang semakin renggang melibatkan beliau dan beberapa pimpinan tertinggi Parti.

Hassan turut dengan rasa rendah diri membuat permohonan maaf kepada semua pihak dalam Parti dan menarik semula kesemua kenyataan yang bersifat negatif terhadap PAS.

alt

Turut hadir menemui Nik Aziz termasuklah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan Mursyidul Am PAS Prof. Datuk Dr. Harun Din.

Menurut Menteri Besar Kelantan yang mengesahkan hal berkenaan, Hasan telah melakukan satu perkara yang boleh dijadikan contoh buat semua pihak dalam PAS dan sikapnya itu turut membanggakan beliau selaku Mursyidul Am.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali (gambar) yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini. Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya."

alt

"Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” jelas Nik Aziz kepada media selepas selesai sessi lawatan beliau di Bachok, di sini hari ini.

Beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran tanda terima kasih kepada Allah atas penyatuan semula pimpinan PAS yang sekian lama diuji dengan pelbagai cabaran memecahbelahkan parti.

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: