Khamis, 29 Disember 2011

Zahid sedia jawab isu ejen dalam pembelian kapal peronda

Aidila Razak

Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjemput presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim untuk bertemu supaya beliau dapat menjelaskan berhubung pembelian enam kapal peronda tentera yang didakwa dibuat melalui orang tengah.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Zahid berkata, kementeriannya terbuka dalam menjawab persoalan seperti itu supaya rakyat tidak mendapat maklumat salah.

Zaid minggu lalu telah mendedahkan dokumen yang mendakwa bahawa orang tengah berkenaan telah mengaut jutaan ringgit daripada urusniaga tersebut.

Dokumen berkenaan antara lainnya menunjukkan bahawa tiga ejen dibayar sejumlah RM11.36 juta untuk "bantuan teknikal" berhubung pembelian kapal tentera berkenaan daripada firma Perancis, DCNS.

Tiada ulasan: