malaysiadaily
Sewaktu pimpinan PAS dan seluruh ahlinya ijma' menerima konsep Negara Berkebajikan melalui muktamar tahunannya, malah ia adalah kandungan ucapan dasar Presiden parti " Membangun Negara Berkebajikan" yang telah diterima sebulat suara, maka ia menjadi dasar parti yang mesti dipertahankan oleh semua pimpinan dan ahlinya.
Tidak layak bagi mana - mana pemimpin atau ahli parti mempertikai konsep yang telah diijma'kan melalui satu majlis pemesyuaratan yang besar seperti muktamar tahunan yang sah. Sementara kritikan membina dan pandangan tambah nilai adalah senantiasa di alu-alukan.
Konsep Negara Berkebajikan adalah manifestasi dari konsep negara yang disebut oleh al quran iaitu Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur [Negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Tuhan Yang Maha Pengampunan]. Konsep ini juga dipertegaskan dengan tiang serinya iaitu Ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta].
Justeru itu Negara Berkebajikan ditakrifkan sebagai :
Kerajaan beramanah yang berpaksikan prinsip - prinsip adil dan ihsan [ al Adl wal Ihsan ] di dalam seluruh sistem pemerintahan termasuklah pentadbiran, perundangan, kehakiman, politik, ekonomi, sosial dan lain - lain, seterusnya membawa kepada pembinaan sebuah masyarakat yang berlumba - lumba melakukan kebajikan [Istibaq al Khayrat] dan saling bekerjasama [at Ta'awun] ke arah kejayaan [al Falah] pemerintah dan rakyat di dunia dan di akhirat.
Berasaskan takrif tersebut, layaknya tidak timbul lagi keraguan terhadap konsep Negara Berkebajikan, [apakah ia menepati atau bercanggah dengan perjuangan asal PAS.] Lantaran PAS tetap konsisten dengan dasar Islam yang diperjuangkannya dan konsep Negara Berkebajikan bukanlah suatu penyimpangan sebaliknya ia adalah suatu peneguhan terhadap asas dan dasar perjuangan Islam yang diperjuangkan selama ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap akan mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang telah dimuktamadkan oleh parti melalui Muktamar Tahunannya yang ke 57 baru - baru ini dan Insyaallah Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah memutuskan satu komitmen besar untuk turun ke serata negara bagi memperjelaskan Konsep Negara Berkebajikan ini. Terdahulu, PAS Pusat telah pun melancarkan buku atau dokumen khas Negara Berkebajikan : Tawaran PAS. [ ianya akan menjadi teks untuk seminar dan diskusi awam anjuran DPPM ke seluruh negara kelak ~ nantikan kehadhiran kami ]
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan