Sabtu, 17 Disember 2011

PERKASA: K'jaan lemah pada tekanan si 'besar kepala'

MALAYSIA KINI

PERKASA menyatakan kekesalannya terhadap keputusan kerajaan menarik balik novel Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain sebagai teks sastera di sekolah atas desakan "minoriti" yang didakwa "besar kepala".

Setiausaha agung kumpulan pendesak Melayu itu Syed Hasan Syed Ali berkata, ia melambangkan kerajaan terlalu lemah dan gagal mempertahankan karya itu.

Beliau juga mendakwa tindakan itu dibuat atas kehendak "biadap" MIC demi menagih undi dalam pilihan raya.

"KNONEerana undi kaum India, maruah penulis Melayu terhina," katanya.

Sebagai bantahan, tambahnya, orang Melayu tidak akan sesekali memberikan undi kepada calon MIC atau calon India yang anti-Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

"Apa yang tertera dalam buku novel tersebut adalah fakta. Bukan niat menghina," katanya sambil menegaskan penggunaan perkataan paria masih berlaku di negara India dan tergambar dalam filem-filemnya.

"Perkasa membantah keputusan ini. Minoriti sudah besar kepala!" kata Syed Hasan dalam kenyataannya malam tadi.

Ketika kehangatan novel itu berlangsung, PERKASA sebelum ini antara kumpulan yang tampil mempertahankan karya Abdullah. NGO itu malah memberikan anugerah khas kepada penulis.

Tiada ulasan: