Rabu, 21 Disember 2011

Ahmad Said belum tepati janji; Penduduk Ladang Gemilang masih bayar sewa

Wartawan Buletin

Bangunan RM25 juta Taman Ilmu bakal dirobohkan kerana tidak selamat


KUALA TERENGGANU
- Penduduk Kampung Ladang yang dipindahkan ke rumah pangsa (Flat) Ladang Gemilang dekat sini teraniaya dizalimi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mengotakan janji.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar, mereka sebelum dipindahkan tinggal dirumah sendiri walaupun buruk, namun tidak perlu membayar sewa.

Kini, katanya, mereka terpaksa menanggung sewa sebanyak RM300 sebulan.

[Gambar kanan; bangunan pentadbiran Taman Ilmu yang sedang dalam pembinaan diarahkan supaya dirobohkan kerana rosak struktur]

“(Flat) Ladang Gemilang ni, orang ini dulu, dia duduk rumah sendiri, tak payah sewa. Saya pergi rumah dia, dia sakit dapat lah bantua sikit-sikit, ada 1, 2 (seorang dua) taukey kedai makan hantar bawang putih, buang kulit dia, dia buat satu guni, dapat 5 ringgit, nak dapat RM5 (selama) 2 hari.

“Sekarang kerajaan ambil rumah dia, dia kena duduk flat. Dia kena bayar RM300. Murah sahaja, tapi dia tak boleh bayar , yang sebelum ini tinggal dirumah sendiri,”ujarnya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan dalam Majlis Dailog bersama Warga Tionghua Kuala Terengganu, disini pada Sabtu 17 Disember.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, bekas ADUN Ladang Dato’ Wan Hisham berkata, rumah flat itui hanyalah untuk disewa sahaja dan bukannya sewa beli, sebagaimana yang pernah dijanjikan bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sehubungan itu, apabila Dato’ Tengku Hassan menanyakan perkara tersebut dalam Persidangan DUN, sebaliknya MB Dato’ Seri Ahmad Said mendakwa flat itu adalah diberikan secara ‘sewa beli’

“Bila saya tanya (Ahmad) dalam dewan (Sidang DUN), betul ke begitu? (Ahmad) kata betul, saya Menteri Besar, Wan Hisham siapa? Dengar saya….,

“Sehingga sekarang sehingga mala mini, belum ada ‘agreement’ (perjanjian) pun dibuat untuk sewa beli, agrement dia cuma untuk sewa, maksudnya (falt itu hanya) sewa, bukan sewa beli,”jelas Dato’ Tengku Hassan.
Beliau berkata, sepatutnya kerajaan menyediakan mekanisma dan kajian terhadap perkara tersebut, samada orang mampu duduk atau tidak dan orang boleh bayar ataupun sebaliknya.

Menurutnya, PAS mempunyai kaedah bagaimana menguruskan Flat itu supaya tidak menganiyai orang-orang kampung Ladang.

Katanya, kalau mahu tahu cara PAS menyelesaikan masalah tersebut, tukar kerajaan dan gantikan Umno dengan PAS.

Pada Majlis yang sama, Dato’ Tengkua Hassan (gambar kiri) yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu mendedahkan sebuah bangunan pentadbiran Taman Ilmu di Besut yang bernilai RM25 juta telah dihentikan pembinaannya.

Bangunan yang belum siap lagi itu, menurutnya akan dirobohkan kerajaan Umno/BN kerana tidak mengikut spesifikasi dan mengalami kerosakkan struktur.

“dia buat bangunan satu, bangunan di Besut yang nak buat Universiti Taman Ilmu, disuruh berhenti (pembinaannya), buat RM25 juta lebih kurang, disuruh berhenti sebab ‘structure default’ (kerosakkan struktur) dan akan runtuh,

“dan saya diberitahu malam tadi, bangunan ini akan diruntuhkan, kerana ia sudah tidak selamat,”katanya.

Beliau berkata, soalan berkaitan bangunan tersebut telah diajukan dalam sidang DUN tetapi malangnya tidak dijawab oleh kerajaan negeri.

Tiada ulasan: