Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Berita pada tarikh 29 November di dada sebuah akhbar tempatan bertajuk Elak Kehamilan Tidak Dirancang pada bahagian keluarga agak menyentap kalbu para siswi. "Sama ada mereka pandang ini adalah penyelesaian terbaik atau dari sudut pandang yang lain, ini akan menghancurkan martabat anak gadis remaja," ujar Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadri dalam satu kenyataan. Mengulas sedikit apa yang cuba untuk disampaikan dalam berita itu adalah kadar tinggi bagi kehamilan yang tidak terancang itu adalah bukti terdapat kekurangan maklumat dan pendidikan mengenai kesihatan seksual serta reproduktif bagi warga muda di Malaysia. Melengkapkan para remaja dengan maklumat kesihatan reproduktif seksual di samping memberi inspirasi kepada mereka untuk membuat keputusan bijak merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian serius. Bila mana langkah penyelesaian bagi Kehamilan Tidak Dirancang sekadar memberi maklumat kesihatan reproduktif seksual ia adalah sangat tidak relevan. "Adakah jalan penyelesaian sebegini mampu untuk mengurangkan masalah sosial masyarakat? "Adakah kita yakin dengan pendekatan ini?" soalnya. Mengulas dari sudut pandang Pengerusi Serikandi Gerakan Muslimat Muda (Sigma) Gamis, Rohayu Rusli berkata, pendekatan itu hanya menyelesaikan masalah supaya tidak terhasilnya kandungan walaupun melakukan seks secara selamat. Tambahannya pula Islam ada cara yang lebih komprehensif, total dan praktikal dalam menangani punca dan simptom masalah gelojak syahwat sehingga ke arah pelakuan seks. Memetik apa yang digariskan dalam buku Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam tulisan Dr Abdullah Naseh Ulwan adalah berkahwin pada usia muda, menundukkan pandangan dari perkara yang haram, menjauhi perkara-perkara yang boleh merangsang keinginan seks dan menguatkan kesedaran agama “Inilah langkah-langkah yang holistik yang sepatutnya diambil kerana ia melibatkan penjagaan maruah dan martabat wanita, kurangnya masalah sosial, kurangnya masalah seks bebas dan masalah buang bayi,” katanya. Cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah berbanding dengan memberi maklumat pendidikan seksual. Selayaknya penyelesaian seperti ini memang khas kepada penggiat seks dan gila seks. Adakah kita hendak melahirkan masyarakat yang gila seks? Apakah yang akan terjadi kepada institusi kemasyarakatan dan keluarga dengan penyelesaian ini? Negara tidak akan maju memiliki golongan pemuda dan pemudi yang gila seks walaupun dilakukan secara selamat. Menurut berita lagi, satu program bertemakan One Voice, Prevention is Key, untuk pelajar muda berusia antara 18 hingga 23 tahun akan diberikan akses kepada satu siri maklumat mengenai isu kesihatan seksual dan reproduktif seperti kehamilan tidak terancang, melalui dua platform - satu pertandingan reka bentuk menggunakan aplikasi Facebook dan satu lagi ialah program di kawasan kolej. Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Malaysia, Nikhilesh Kalra berkata, para remaja di Malaysia tidak menyedari risiko seks tanpa perlindungan ''Bagi melibatkan lebih banyak remaja, Durex akan mengunjungi lima kolej bagi meneruskan komitmennya ke arah memperkasa para pelajar. Sepanjang program kolej tersebut, dinding yang dipenuhi maklumat akan didirikan dengan mempamerkan fakta-fakta Tahukah anda...?' mengenai seks dan poster-poster berkaitan dengan maklumat mengenai kesihatan seksual. Program bergerak Durex One Voice, Prevention is Key telah dianjurkan di lima kampus kolej sepanjang bulan November, iaitu Taylors Lakeside Campus, Universiti Putra Malaysia, Raffles College of Higher Education, INTI International University, Nilai dan IACT College. Menurut sisi pandang Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Abdul Aziz,mahasiswi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau sangat melarang program sebegini dilakukan di UPM. “Ini adalah strategi mereka untuk mengelirukan mahasiswi. Saya sangat terkilan kenapa sasaran program ini adalah kepada mahasiswi? Golongan terpelajar peringkat IPT? Adakah ini menunjukkan mahasiswi Malaysia mudah diperkuda dan dibohongi atau sebagai saranan kepada mereka buatlah seks selamat? Anda akan terjamin. Adakah golongan mahasiswi yang saya kira cukup tinggi inteleknya meletakkan maruah peribadi di tempat paling bawah. "Saya yakin mahasiswi mampu berfikir, cuma saya takut dan bimbang, apabila ada satu kelompok cuba mengelirukan masyarakat kampus, berkemungkinan generasi akan datang adalah generasi seks selamat,” ujarnya. |
Khamis, 1 Disember 2011
Adakah hendak lahirkan masyarakat gila seks?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan