Bermacam-macam cara dilakukan Umno-BN untuk menghancurkan kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuklah cuba mengapi-apikan kononnya DAP mahukan jawatan Menteri Besar Perak jika PR menang di negeri itu selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar |
Namun dalam laporan Sinar Harian, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas bahawa pemimpin paling layak bagi jawatan Menteri Besar adalah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar jika kemenangan berpihak kepada PR nanti.
Dipetik dari Sinar Harian, Datuk Ngeh berkata, pendirian DAP tidak pernah berubah walau apa pun terjadi, malah PR negeri juga telah memberi persetujuan sebulat suara untuk memilih Mohammad Nizar bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat yang tertangguh setelah kuasa pemerintahan bertukar kepada BN.
“Walau ada sekalipun calon Melayu yang dipilih untuk mewakili DAP dan ditakdirkan menang, kami akan tetap memastikan Mohammad Nizar menerajui negeri Perak.
“Lagipun, setakat ini, kami masih belum menentukan sama ada akan meletakkan calon Melayu atau tidak. Sekiranya ada, perbincangan dengan rakan pakatan Pas dan PKR akan diadakan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat,” kata Ngeh.
Tegasnya, DAP berpegang kepada prinsip kepelbagaian kaum, tidak kira siapa yang dipilih menjadi calon asalkan calon itu dapat menggalas tugas sebagai pemimpin kepada rakyat.
Katanya, bangsa Melayu, Cina mahupun India, akan dipilih jika ada di antara mereka mempunyai potensi dan berkaliber sebagai seorang pemimpin.
“Apa saja kedudukan yang penting bekerja untuk rakyat bukan hanya mencari kesalahan orang lain,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan Dun Jelapang dan Malim Nawar, Koo Ham menyatakan calon sudah ada, cuma buat masa ini pucuk pimpinan PR membuat keputusan tidak mengumumkannya kecuali pada masa yang sesuai.
“Kami mempunyai strategi tertentu sebagai persiapan menjelang PRU-13, kami tidak mahu umumkan calon ketika ini kerana dikhuatiri akan dimanipulasikan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan,” katanya.
Penegasan DAP itu telah memberi satu pukulan maut buat Umno-BN yang cuba bertungkus-lumus untuk memecah-belahkan kesatuan dalam PR, lebih-lebih lagi antara PAS dan DAP.
Kempunan lagilah Umno-BN cuba ‘mengapi-apikan’ rakyat Perak, kononnya DAP mahu jadi MB Perak jika kemenangan diberikan kepada PR dalam PRU nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan