KUALA LUMPUR: Penangkapan terbaru membabitkan sekurang-kurangnya 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah Isnin lalu membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ianya secara jelas menunjukkan bahawa Najib sememangnya tidak ikhlas dengan pengumumannya sebelum ini untuk memansuhkan ISA.
"Penahanan terbaru ini menjadi satu singgungan yang kuat kepada rakyat.
"Ia tak memberi apa-apa makna kepada janji perdana menteri untuk memansuhkan ISA melainkan hanya sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas maklumat terbaru berhubung penahanan 10 aktivis Islam di bawah akta itu di Sabah, 14 November lalu.
Semalam, Pesuruhjayanya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling berkata tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar.
Menurutnya, keluarga atau waris yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian bahawa mereka ditangkap di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA).
Menurut Syed Ibrahim, GMI bagaimanapun mendapat maklumat sekurang-kurangnya 11 hingga 14 orang yang ditangkap dalam operasi hari tersebut.
"(Dengan pengumuman Najib) Kita jangka tak ada lagi tangkapan besar-besaran seperti apa berlaku ini.
"Tapi malangnya kita lihat tindakan tidak menyokong janji yang dibuat," jelasnya sambil mendakwa akan mengeluarkan kenyataan rasmi GMI hari ini.
Sementara itu, GMI menurutnya akan mendapatkan maklumat lanjut dari waris mangsa tahanan untuk membuat tidakan susulan.
Beliau menyeru pihak keluarga terutamanya dan PAS Sabah memberi kerjasama untuk tujuan tersebut.
"Ramai yang ingat (selepas pengumuman Najib), tidak ada lagi mangsa yang ditahan, dan tiadak ada lagi yang akan ditahan.
"Sebenarnya masih ada yang belum dibebaskan dan masih berlaku tangkapan-tangkapan baru," jelasnya.
- HD
Apabila Najib dalam ucapannya sempena menyambut Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan menghapuskan ISA, bagaikan lalang ditiup angin juak-juaknya yang dulu menyokong ISA turut menyokong tindakan Najib menghapuskan Akta yang mereka sokong itu.
Saksikan Video ucapan Najib ...
Muhyiddin juga tidak melepaskan peluang untuk mengampu Najib dengan sebaiknya, katanya “langkah menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah keputusan bersejarah kerana ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian politik.”
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menjilat Najib sehingga menganggap Najib punyai jiwa besar dan semangat pejuang demokrasi seperti John F Kennedy tokoh pejuang hak asasi universal.
“Akta ISA merupakan akta yang diwarisi sejak zaman pemerintahan Inggeris. Pemansuhannya adalah amat bertepatan dengan kehendak semasa kerana zaman sentiasa berubah. Cara dan corak pemerintahan yang lebih terbuka ini adalah bukti kepada dunia bahawa PM komited untuk melakukan perubahan demi perubahan menyelusuri politik semasa dunia.” tambahnya.
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lokman Noor Adam berkata keputusan pemansuhan ISA yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sememangnya satu keputusan yang sukar dan hanya mampu dilakukan oleh seorang yang benar-benar berani dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi.
“Selaku bekas tahanan ISA yang sempat bersama tahanan-tahanan lain lebih dua tahun, saya tahu betapa pentingnya undang-undang pencegahan di negara ini.
Isnin lalu dengan penangkapan membabitkan sekurang-kurangnya 10 hingga 14 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah membuktikan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya 'sandiwara'.
Sandiwara untuk mendapat sokongan rakyat dan mengejar popularity semata-mata. tak lebih dari itu sebenarnya..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah). - (Hadis riwayat Bukhari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan