Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan berkenaan penahanan 13 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini. Penahanan tersebut disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu berkenaan dengan ISA. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita pada 14 November lalu yang menyebut bahawa seramai 13 orang ditahan, 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia. "Kita harap PM tidak berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai pemansuhan ISA," katanya. "Kita mahu semua mereka yang bersalah dibicarakan di mahkamah, buat apa kita mansuh ISA tapi roh ISA masih ada, kita mahu roh dan jasad ISA dihapuskan, kita mahukan seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah," tegas beliau lagi. Di dalam Islam, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah. Justeru, ujarnya kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan. |
Ahad, 20 November 2011
ISA: Ulamak PAS tuntut penjelasan Najib
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan