TELUK INTAN - Tindakan menyalahgunakan pas lawatan sementara sekali gus melanggar Peraturan 11 (6) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, serta dianggap menipu Kerajaan Malaysia, seorang warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, di sini, kelmarin.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Ahmad Hidayat Md Nor, sementara Roshamsul Kamal Ahmad Tajri bertindak sebagai Pegawai Pendakwa Jabatan lmigresen.
Tertuduh hanya mengangguk faham dengan pertuduhan terhadapnya yang dibacakan di hadapan Ahmad Hidayat dan mengaku bersalah atas semua kesalahan yang dilakukan.
Tertuduh ditahan ketika berniaga ayam siap diproses di No 18 Meja Ayam, Pasar Awam Taman Bunga Raya, Tanjung Malim pada jam 9.20 pagi pada 28 Oktober lalu bersama rakannya, Musiyono Musiran, 36 yang bekerja di bawah majikan tempatan, Ibrahim Ishak, 55 dan Rozaini Mohamad, 49.
Mustakim didapati menyalahgunakan pas lawatan sementara, dikeluarkan di bawah sektor pertanian dengan bayaran RM410 dengan bekerja dalam sektor perkhidmatan, iaitu berniaga ayam yang memerlukan bayaran levi RM1,850.
Tindakannya telah melanggar Peraturan 39 (b) Peraturan Peraturan Imigresen 1963 yang membolehkan dia dikenakan hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau didenda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Ahmad Hidayat dalam hujahnya berkata, tertuduh telah melakukan kacau ganggu dari segi ekonomi kerana peluang pekerjaan rakyat tempatan telah diambil alih oleh tertuduh secara tidak sah.
Berpuas hati dengan hujah yang disampaikan pihak pendakwa, Ahmad Hidayat menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan ke atas tertuduh, berkuat kuasa pada tarikh tertuduh ditahan, iaitu pada 28 Oktober lalu.
Pas lawatan sementara milik tertuduh juga akan dibatalkan di bawah kuasa Ketua Pengarah Imigresen, di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang mana tertuduh akan diusir keluar dari negara ini sebaik sahaja tamat tempoh dipenjarakan.
Sementara itu, Musiyono dibebaskan setelah mendapat persetujuan daripada Pengarah Jabatan Imigresen Perak serta arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya kerana telah berdaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin (6P).
Manakala Rozaini yang dipercayai bersubahat dengan Ibrahim selaku pemilik premis di bebaskan oleh mahkamah dengan amaran keras serta akuan bersumpah.
Rozaini mengakui tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang dan bersedia dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Imigresen jika melakukan perbuatan itu semula.
Ahad, 13 November 2011
Diusir selepas dipenjara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan