MALAYSIA KINI
PERKASA mendakwa "pergaduhan" Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hudud cuma lakonan dan sandiwara supaya PAS meraih sokongan Melayu.
Presiden kumpulan pendesak Melayu itu Datuk Ibrahim Ali berkata, "gimik politik" itu cuba menunjukkan ketegasan PAS yang dianggap pak turut atau tentera upahan kepada DAP "untuk menghancurkan kepentingan orang Islam".
"Kenyataan tegas olok-olok dan gertak olok-olok Nik Aziz itu merujuk kepada bantahan awal Karpal Singh yang berkata, kenapa PAS timbul semula hukum hudud.
"Bantahan Karpal itu juga adalah bantahan olok-olok untuk menzahirkan kepada orang Melayu bahawa mereka sedang bergaduh kerana hukum hudud.
"Sifir mereka pasti orang Melayu akan sokong PAS, dan PAS sesungguhnya tidak sekali-kali akan bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu," katanya.
Mursyidul Am PAS dan pengerusi DAP dilaporkan kembali bergeser berhubung isu berbangkit mereka berkaitan pelaksanaan hudud yang tercetus semula selepas sambutan hari hudud Kelantan baru-baru ini.
Pendirian PERKASA?
Karpal antaranya menganggap hukum itu tidak pragmatik, tidak kena pada masa, bercanggah dengan dasar Pakatan dan boleh menimbulkan ketakutan bukan Islam.
Manakala Nik Aziz pula berkata tidak kisah DAP keluar Pakatan jika tidak setuju dengan pendiriannya kerana ia pernah berlaku dalam gabungan pembangkang melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini.
Dalam kenyataannya hari ini, PERKASA berkata, tindakan itu didakwa ekoran Nik Aziz dan kepimpinan tertinggi PAS sedar parti itu tiada lagi modal politik untuk menumbangkan Umno dan BN.
“Juga kepimpinan tertinggi PAS telah merasai kebimbangan yang amat sangat untuk mengekalkan kuasa pemerintahan di Kelantan.
“Dan atas kesedaran itulah maka lagu lama bernama hukum hudud dimainkan semula bagi menarik semula sokongan orang Melayu terutamanya golongan muda untuk menyokong PAS...,” katanya yang juga ADUN Pasir Mas.
Ibrahim mendakwa, selepas pilihan raya umum 2008, banyak isu berkaitan kepentingan Melayu, bumiputera Sabah-Sarawak, kedudukan raja dan kepentingan Islam diganggu gugat DAP tetapi “PAS hanya berdiam diri”.
“Hari ini, kepimpinan PAS di Kelantan sudah gusar atau terasa bimbang yang amat sangat kerana janji-janji pilihan raya untuk membaw kesejahteraan kepada seluruh rakyat jelata di Kelantan belum lagi tertunai,” katanya.
PERKASA sendiri bagaimanapun dalam kenyataan hari ini tidak menyatakan pendiriannya sendiri sama ada menyokong atau menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan