Aidila Razak
Namun, bagi Ong BK, yang pernah memantau pilihan raya presiden Afghanistan pada tahun 2009, laporan dakwat itu berjaya ditanggalkan, berlaku hanya setelah dakwat berkenaan dicairkan.
"Tidak ada masalah dengan penggunaan dakwat, kecuali di mana pegawai-pegawai pilihan raya mencairkan dakwat, jadi ia tidak kekal lama... tetapi ini adalah kes terpencil dan tidak dicatatkan sebagai antara masalah dalam pilihan raya itu," katanya ketika dihubungi.
Ong yang berada di Afghanistan sebagai perwakilan Pilihanraya Bebas Rangkaian Asia (Anfrel). Katanya, masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya itu adalah penguatkuasaan yang longgar.
"Saya perhatikan ada beberapa pegawai yang tidak menandakan pengundi selepas mereka mengundi. Ini yang menyebabkan beberapa kes pengundian berganda.
"Terdapat juga masalah dengan ketua-ketua keluarga yang menuntut untuk mendapatkan beberapa kertas undi. Mereka mendakwa mahu mengundi untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka," katanya.
Ong, yang kini penyelaras Rangkaian Pemerhati Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net), juga pernah bertindak sebagai pemerhati bebas pada pilihan raya di negara-negara lain, termasuk Bangladesh.
Akhbar harian The Star, sebelum ini melaporkan bahawa sebuah firma yang tidak dinamakan tetapi berpangkalan di Eropah, dengan 25 tahun pengalaman di 40 negara, menjalankan ujian ke atas dakwat kekal dan mendapati bahawa ia boleh ditanggalkan dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan