PAS Selangor akan bertemu dengan Jabatan Agama Islam (JAIS) minggu depan untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu pemberian tauliah kepada ahli politik untuk mengajar di masjid dan surau di negeri itu.
Surat untuk mengadakan pertemuan tersebut telah dihantar kepada agensi berkenaan sejak dua minggu lalu.
Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 27 September ini, jam 3 petang.
"Akan ada pertemuan dengan JAIS supaya mereka menjelaskan dengan lebih lanjut (mengenai perkara ini).
"Kita tunggu (hasilnya) selepas perjumpaan itu. Kita akan beritahu minggu hadapan," kata pesurujaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad, Setiausaha Dr Khairuddin Othman dan ketua penerangan PAS negeri, Saari Sungib.
Dr Abdul Rani - salah seorang ahli politik yang tidak disambung tempoh tauliahnya - mengetahui perkara ini melalui liputan media sahaja.
Oleh sebab itu, katanya, pihaknya mahukan penjelasan lanjut mengenai perkara itu dalam pertemuan tersebut.
"Kita masih tertanya-tanya... Bagi alasan mengapa (tidak sambung). Kita nak tahu," kata beliau yang juga ADUN Meru.
Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam mencelah dengan berkata, perkara yang akan turut dibincangkan ialah mengenai penjelasan takrifan "mengajar" dalam masjid dan surau.
Katanya, jika mengajar itu adalah bercakap tentang Islam, maka semua orang tidak boleh bercakap, kecuali mereka yang mempunyai tauliah.
"Jadi Islam sekadar diajar dirumah... Islam (seolah-olah) digari, diletakkan dikandang orang bersalah dan hanya cakap di rumah sahaja dengan anak-anak dan isteri.
"Jadi ia perlu diperjelaskan. Ini yang akan kita bincang dengan JAIS.
"Kita mahu rakyat bercakap tentang Islam. Kalau ada salah, ambil tindakan," katanya.
Khalid berkata, tidak ada syarat dan "garispanduan" khusus dalam pemberian tauliah, kecuali menghadiri temuduga dan terpulang kepada JAIS untuk menimbangkannya.
Sementara itu, Khalid juga menasihatkan umat Islam supaya "tidak melenting atau membuat kesimpulan" berhubungan laporan siasatan lengkap JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) 3 Ogos lalu.
Dilaporkan laporan lengkap siasatan itu tersebut dihantar kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim beberapa hari lalu.
"Tunggu laporan dan tindakan selanjutnya... (Cuma) kita khuatir ada pihak yang mengapi-apikan suasana tanpa sebarang bukti dan maklumat (tepat).
"Kita ikut undang-undang. Menteri besar akan mengadap Tuanku Sultan dan akan berbincang tentang laporan ini. Atas (keputusan) perbincangan itu, akan diputuskan tindakan seterusny," kata Khalid.
Tambahnya, sekiranya ada pendakwaan, beliau menasihatkan agar rakyat menunggu sehingga selesai proses undang-undang itu diselesaikan supaya "kehendak undang-undang" dapat bergerak dengan baik.
Dr Abdul Rani turut mengucapkan tahniah kepada JAIS kerana menghantar laporan tersebut kepada menteri besar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan