Harakahdaily |
KUALA LUMPUR: Kehangatan dan pasca Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat semakin tenggelam dek isu sejarah yang diputar belit oleh media. Justeru, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan (gambar) berkata, dalam kehangatan masyarakat berbincang soal siapa pejuang dan petualang negara, maka pelbagai natijah dan kesan yang timbul. Katanya, secara umumnya ia dilihat positif kerana telah membuka ruang dan minda masyarakat untuk membelek semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Menurutnya, namun hakikat yang lebih besar ialah, sejarah sudah tidak boleh diubah dan sejarah tidak pernah menipu manusia. Tambahnya, penipu dan penyeleweng hanya datang dari mereka yang berkepentingan bagi mendapatkan sokongan moral dan simpati politik tertentu,” katanya. Beliau berkata, media cetak dan elektronik digunakan semaksimanya bagi mempertahankan sejarah yang dilukis oleh pihak pemerintah, walaupun pelbagai keraguan yang timbul di dalamnya. “Perkara pokok di sebalik isu ini ialah masyarakat beralih arah untuk berbincang pasal masa belakang, tidak lagi masa depan. “Masa depan yang dimaksudkan ialah kehangatan dan pasca himpunan Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat baru-baru ini semakin tenggelam dek kerana isu sejarah yang diputar belit oleh media,” ujarnya. Ujar beliau, persoalan masa depan negara bergantung kepada ketelusan dan keadilan sistem demokrasi yang dilakukan. Katanya lagi, banyak kepincangan dan kelompangan sistem yang didedahkan oleh pelbagai pihak yang masih belum dijawab dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Beliau menambah, peri pentingnya soal demokrasi adalah suatu kayu ukur bagaimana corak dan budaya pemerintah yang akan dipilih oleh rakyat sama ada meneruskan legasi yang penuh kepincangan atau berubah kepada arena politik baru. Jelasnya, masa depan negara ditentukan atas perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. “Mungkin pada waktu ini pihak SPR boleh menarik nafas panjang dan lega di dalam kekalutan orang beralih dan berbincang isu sejarah, bukan lagi soal pilihan raya,” katanya. Maka, ujarnya perlu diberikan perhatian juga kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang diwakili oleh parti pemerintah, pembangkang dan bebas. “Sejauh mana keberkesanan dan kemampuan jawatankuasa ini membuat transformasi terhadap pilihan raya di Malaysia ini juga perlu dinilai bukan bukan hanya menjadi modal politik untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam soal penambahbaikan sistem pilihan raya,” ujarnya. Beliau berkata, daftar pemilih, kempen, kebebasan media dan pelbagai lagi isu berkaitan pilihan raya dan masa depan negara perlu diberikan perhatian semula. “Dibimbangi jika kita tercampak dengan lubang yang dibuat untuk menimbus lompang yang lain, maka sampai bilapun kita akan tertipu dengan permainan licik politikus yang berkuasa,” katanya. Justeru, tambah beliau mahasiswa bimbang terhadap masa depan negara akan ditentukan oleh warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Thailand jika senarai daftar pemilih tidak dibersihkan. Katanya, berbincang soal sejarah perlu untuk dijadikan sempadan, berjuang untuk masa depan juga penting untuk kelangsungan. |
Selasa, 6 September 2011
Lupa p’raya bersih dek putar belit isu sejarah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan