MALAYSIA KINI
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini memilih untuk membidas presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) Tan Sri William Cheng kerana bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.
Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCIM.
Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.
“Saya enggan komen panjang, biarlah pencetus idea hebat Kedai Rakyat 1Malaysia itu, iaitu Perdana Menteri sendiri menjawabnya.
“Ini pula reaksi Ibrahim Ali, seorang ultra Melayu...?” tulis Zaini.
Menurutnya lagi, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.
“Jadi, peruncit Melayu itu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi.
“Apakah William Cheng sedar perkara-perkara itu?” soalnya.
Hujah yang sama digunakan oleh Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas bagi kawasan Pasir Mas. Pandangan mengenai perkara berkenaan telah diterbitkan semula sepenuhnya oleh Zaini dalam kolumnya itu.
“Sebab itu gerai tepi jalan terpaksa menjual nasi campur dengan harga RM5 untuk tengah hari.
“Cukup ke tanggung anak sekolah rendah atau menengah?” soal Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan