Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin yang mengambarkan pertukaran kerajaan sebagai pertukaran isteri baru, memandang remeh terhadap kepentingan Program Penghargaan Warga Emas RM100 serta memfitnah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memiliki kereta Mercedes yang bernilai RM800,000.
Kenyataan Lim Si Pin adalah mengarut, tidak berasas, menghina kaum wanita serta kebijaksanaan pengundi.
Setelah Gerakan kalah teruk dalam PRU13, mereka bukan sahaja tidak mengambil iktibar malah menyalahkan semata-mata penerangan parti mereka yang gagal.
Sebagai Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin bukan sahaja tidak berani bangkit untuk berdepan dengan politk perkauman sempit UMNO. Kenyataan Lim Si Pin hanya cuba untuk mengaut publisiti politik murahan serta mengali kubur sendiri untuk Gerakan.
Jelas menunjukkan bahawa Lim Si Pin adalah seorang yang hipokrit kerana dia memilih untuk tidak mengkritik rasuah dan penyelewangan kuasa di dalam UMNO/BN.
Akan tetapi dia telah mempersendakan kaum wanita, mengkritik urus tadbir kerajaan Pakatan Rakyat yang baik serta memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.
AMK juga ingin mempersoalkan pimpinan Gerakan yang diam membisa terhadap kenyataan Lim Si Pin yang menghina kaum wanita.
Lebih dikesalkan adalah Wanita Gerakan seolah-olah bersetuju dengan kenyataan yang menghina kaum wanita. Mengapakah Presiden Gerakan Koh Tsu Koon juga tidak memohon maaf daripada kaum wanita seluruh negara?
AMK berpendapat bahawa semua anggota Gerakan perlu mengikuti kelas “gender sensitivity” agar belajar hormat kepada wanita serta mengiktiraf sumbangan wanita terhadap pembangunan masyarakat.
Konsep hak samarata lelaki wanita juga perlu diperkembangkan di dalam Gerakan.
Sebenarnya, Pemuda Gerakan boleh belajar daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) wanita yang telah lama memperjuangkan hak untuk wanita.
Sejarah perjuangan hak wanita di Malaysia yang berliku-liku serta penuh dengan cabaran perlu difahami oleh Pemuda Gerakan agar tidak kembali ke zaman feudalisme dan buta sejarah.
Atas prinsip kebenaran, memartabatkan ilmu serta mewujudkan budaya politik baru, Ketua Penerangan AMK merangkap Naib Ketua AMK Negeri Selangor, Lee Khai Loon mencabar Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin untuk berdebat secara terbuka.
Tajuk debat adalah “Wajarkah Pertukaran Kerajaan Digambar Sebagai Pertukaran Isteri?” Tarikh, masa dan tempat boleh ditentukan oleh Pemuda Gerakan.
AMK tidak akan berganjak sekalipun untuk berdebat dengan Lim Si Pin sekiranya ia berlangsung di dalam Bangunan PGRM, Cheras.
AMK akan memberi masa dua hari untuk Pemuda Gerakan memberi maklum balas. Sekiranya tiada sebarang respon daripada Lim Si Pin selepas 48 jam, maka AMK akan menghantar satu delegasi ke Bangunan PGRM untuk menghantar surat cabaran kepada Lim Si Pin. keadilan daily
LEE KHAI LOON Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan