SHAH ALAM : Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan media milik Umno, Utusan Malaysia sengaja mencemarkan imej kepimpinan Pakatan Rakyat berhubung dakwaan kerajaan negeri ghairah memunggah hasil tanah adat Orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat sebagai taktik lapok parti itu.
Abdullah Sani berkata, beliau juga melihat perkara tersebut sebagai propaganda Umno yang sudah hilang punca dalam cubaan menawan kembali negeri Selangor.
Pendedahan yang dilakukan ini merupakan fitnah besar Umno terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, malah ia juga didedahkan tanpa sebarang bukti yang sahih.
Tegasnya, kerajaan negeri bukan sahaja memberi penduduk tanah adat hak pemilikkan tanah sebaliknya berusaha keras dalam memperjuangkan nasib mereka supaya tanah adat ini terus dilindungi.
"Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil seinci pun tanah orang awam terutama sekali tanah-tanah adat malah kita beri mereka hak pemilikan tanah ini," katanya.
Utusan Malaysia hari ini mendakwa kerajaan negeri Selangor ghairah memunggah hasil tanah adat Orang Asal di Kuala Langat, Mukim Tanjung 12 sehingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat.
Malah katanya, untuk melunaskan agenda itu Umno-BN akan menggunakan apa saja propaganda yang tidak bermoral seperti kenyataan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
"Saya berani cabar sekiranya ini benar yang kita (Pakatan Rakyat) lakukannya, dakwa menerusi SPRM, lagipun mereka berkuasa segala-galanya di Malaysia ini, baik penguasa, undang-undang ditangan mereka, kenapa tidak melaksanakan tindakan,"katanya.
Antara kandungan dalam laporan Utusan Malaysia ini adalah kerajaan negeri sedang memunggah tanah seluas 7,243 hektar di Mukim Tanjung 12 yang membabitkan 7 buah kampung yang diwartakan dalam Hutan Simpan Kuala Langat Utara.
Selain itu, laporan tersebut turut mendakwa kerajaan negeri Selangor sudah menjual tanah bekas lombong Petaling Tin Bhd kepada pihak ketiga walaupun tanah tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat kerajaan negeri.
"Menggunakan Utusan Meloya (Utusan Malaysia) yang tidak bermoral, tidak pernah bercakap benar, kemudian bercakap pula kami mengambil tanah di Petaling Tin Bhd, kalau benar ini berlaku, hari ini berlaku hari ini kita akan ditanggkap.
"Saya mahu tegaskan, saya sebagai Ahli Parlimen Kula Langat, tidak pernah terlintas dihati dan tiada agenda langsung mahu mengambil walau seinci tanah orang Asal, mahupun Cina, India dan Melayu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan