Rabu, 30 Mac 2011

Permohonan geran filem Namewee ditolak


Aidila Razak

Kerajaan menolak permohonan penyanyi rap kontroversi yang juga pembikin filem, Namewee untuk mendapatkan geran RM2.5 juta dari Dana Industri Kreatif, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

namewee dialogue wtih cheah see kian 160910 02Katanya, Namewee dan Prodigee Media Sdn Bhd memohon untuk
mendapatkan geran tersebut bagi menghasilkan sebuah filem di bawah konsep 1Malaysia, bertajuk Nasi Lemak 2.0.

Bagaimanapun, kata Rais, permohonan itu tidak boleh dipertimbangkan kerana pengarah filem, penulis lakon layar dan pelakon, Namewee, terlibat dalam aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

Rais memberitahu demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat pada hari Isnin.

Reaksi Namewee


Sementara itu, dalam reaksinya, Wee mendakwa kerajaan mengamalkan diskriminasi.

namewee pc 160310 01Bagaimanapun, Wee berpendapat bahawa keputusan itu ada kaitan dengan apa yang telah dilakukannya.

Pada 2007, Wee menjadi tumpuam apabila lagu Negarakuku nyayiannya didakwa menghina lagu kebangsaan, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di seluruh negara.

Rap video tersebut tersiarkan selama enam minit di YouTube yang telah disaksikan oleh lebih setengah juta orang.

Namewee berkata skripnya telah diluluskan oleh Finas dan menurutnya lagi, filem ini bertujuan untuk mempromosi 1Malaysia dan merupakan sebuah filem yang positif.


Tiada ulasan: