Rabu, 30 Mac 2011

Dua anggota polis terima rasuah tutup kes rogol dipenjara

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Dua pegawai polis dihukum penjara tiga tahun dan denda RM25,000 kerana sabit kesalahan menerima rasuah RM5,000 daripada seorang awam sebagai dorongan untuk tidak membuat laporan polis kes rogol lapan tahun lalu.

Erawan Said, 29, dan Mat Rawi Rudin, 52, kedua-duanya berpangkat Lans Koperal didapati bersalah di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dibacakan bersama Seksyen 107 Kanun Keseksaan.

Kes didengar di Mahkamah Sesyen Jenayah 4 Johor Baru, depan Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz, kata kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada 1 Januari 2004 di Restoran Makanan Laut dan Tomyam di Kg. Melayu Pandan, Johor Bahru kira-kira pukul 6.05 petang.

Erawan yang diwakili peguam Lokman Yacob dan Mat Rawi diwakili Mohd Faridz Mohd Dahlan telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut, dan mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Jumlah jaminan mahkamah juga telah ditambah daripada RM3,500 kepada RM10,000 setiap seorang.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin Hamdan.

Tiada ulasan: