Rabu, 30 Mac 2011

'Bedah siasat kedua boleh dimanipulasi'


S Pathmawathy

Pakar patologi forensik Britain, Dr Peter Vanezis hari ini berkata bedah siasat pertama ke atas Teoh Beng Hock adalah yang paling boleh dipercayai manakala bedah siasat kedua yang dijalankan empat bulan selepas kematian pembantu politik DAP itu mungkin di manipulasi.

NONEDalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, Dr Vanezis berkata banyak kesimpulan boleh dibuat berdasarkan gambar-gambar yang diambil pada bedah siasat pertama.

Beliau merujuk khususnya berhubung lebam di bahagian leher kiri mangsa yang menimbulkan beberapa kesimpulan di kalangan ahli patologi dan pakar forensik.

Dr Vanezis sebelum ini bercanggah pendapat dengan pakar patologi Thai, Dr Porntip Rojanasunan yang berkata kesan lebam itu mungkin akibat dicekik atau dihentam dengan objek tumpul yang mungkin menyebabkan Teoh pengsan ataupun terbunuh.

NONEKesimpulan Vanezis sama dengan yang dibuat oleh ahli patologi kerajaan, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Sambekar, yang mengendalikan nbedah siasat pertama. Menurut mereka kecederaan pada Teoh adalah akibat jatuh daripada tempat yang tinggi.


Tiada ulasan: