Isnin, 21 Mac 2011

Bonda Yang di-Pertuan Agong mangkat

BERNAMA

KLANG — Bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bahriya Sultan Alam Shah mangkat di Hospital Seri Kota di sini pada pukul 1.22 pagi ini.

Jenazah almarhum dijangka dibawa pulang ke Kuala Terengganu pada pukul 10 pagi ini melalui Pangkalan Udara Tentera Diraja Malaysia Subang, kata Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong Datuk Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Tiada ulasan: