Isnin, 21 Mac 2011

Libya diserang buat hari kedua, Gaddafi umum gencata senjata

Hafiz Ghoga. - Reuters


Kereta perisai milik tentera setia kepada Muammar Gaddafi letup selepas diserang perikatan lima negara di kawasan antara bandar Benghazi dan Ajdabiyah, semalam. — Foto Reuters
TRIPOLI— Tentera perikatan meneruskan kempen serangan buat hari kedua semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia) ke atas Libya manakala negara utara Afrika itu pula sekali lagi mengisytiharkan gencatan senjata.

Libya juga berbuat demikian kelmarin tetapi Barat melancarkan serangan selepas mendakwa pendirian itu telah dilanggar oleh Muammar Gaddafi.

Serangan hari kedua ini termasuk ke atas ibu negara Libya sendiri.

Seorang jurucakap tentera mengumumkan pendirian Muammar itu, yang dipercayai berkuat kuasa mulai pukul 9 malam waktu Libya (3 pagi tadi waktu Malaysia).

“Angkatan tentera Libya... mengeluarkan arahan kepada semua unit tentera agar mengadakan gencatan senjata bermula 9 malam,” kata jurucakap tentera itu.

Pengumuman itu muncul kira-kira 24 jam selepas pasukan tentera perikatan - Amerika Syarikat, Perancis dan Britain - menyasarkan tindakan mereka untuk menguatkuasakan resolusi PBB yang diluluskan minggu lepas.

Dua negara lain dalam perikatan itu ialah Kanada dan Itali.

Bagaimanapun pada sidang media di Washington (awal pagi ini waktu Malaysia), Pentagon berkata pihaknya mempersoalkan kesemua kenyataan yang datang daripada Muammar termasuk dakwaan bahawa ia akan melaksanakan gencatan senjata.

Lebih 60 orang didakwa terbunuh dalam serangan ke atas Libya, kata media kerajaan negara itu.

Semalam, Muammar berkata serangan ketenteraan perikatan lima negara Barat ibarat tindakan pengganas dan pihaknya akan menewaskan musuhnya.

Dalam ucapannya yang disiarkan menerusi televisyen kerajaan semalam, Muammar berkata Libya bersedia untuk perang yang panjang dan kesemua rakyat Libya akan membawa senjata untuk mempertahankan negaranya.

“Kami tidak akan meninggalkan tanah air kami dan kami akan membebaskannya (dari musuh),” kata beliau.

Siaran televisyen itu membawa suara Muammar tanpa menunjukkan imej beliau.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Perancis Laurent Teisseire berkata Qatar juga akan menghantar pesawat perang untuk menyertai operasi bersama jet-jet negara itu.

Ketika ditemui wartawan di Paris, Teisseire berkata Qatar akan menyertai kempen antarabangsa “dalam beberapa jam akan datang” tetapi tidak memberikan butiran.

Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu dan ramai melihat negara itu kini berhadapan dengan perang saudara.

Laporan dari Kaherah, Mesir memetik kumpulan pemberontak berkata lebih 8,000 rakyat Libya yang memihak kepada gerakan pemberontakan telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat mendesak Muammar melepaskan kedudukannya 41 tahun sebagai ketua negara.

“Bilangan orang kami yang terbunuh dan mati syahid lebih 8,000,” kata jurucakap puak pemberontak, Abdel


Tiada ulasan: