Khamis, 12 November 2009

Pemuda PAS Perak gerakkan misi bersih rumah mangsa banjir

Safarizal Saleh


LENGGONG: Dewan Pemuda PAS Perak telah telah menggerakkan ahli mereka membantu dalam membersihkan kediaman mangsa banjir yang melanda kawasan itu baru baru ini.

Program amal yang diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh itu telah berjaya membersihkan lebih 50 buah kediaman di kawasan tersebut.

Turut menyertai misi bantuan itu Yang DiPertua PAS Kawasan Lenggong Haji Razman Haji Zakaria dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lenggong Ustaz Abdul Karim Mahmud.

Program tersebut asalnya telah dicetus Dewan Pemuda PAS Lenggong sendiri dengan dibantu Pemuda Negeri itu.

"Saya telah mengarahkan supaya jentera Unit Amal menjadualkan tugas untuk membantu penduduk di sini," jelas Salman yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS.

Di Lenggong sahaja hampir 200 buah rumah terjejas teruk akibat banjir yang melanda negeri itu baru baru ini.

Sehubungan itu, misi pemuda PAS ini adalah sebagai bantuan meringankan beban mangsa yang terlibat.

Tiada ulasan: