AZamin Amin |
KUALA LUMPUR: “Saya ingin memohon kemaafan ekoran kelewatan saya untuk hadir lebih awal menerima kunjungan dan ziarah sekelian tetamu kerana masalah kelewatan penerbangan dari Qatar…” Demikian rakaman permohonan maaf Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar kepada semua hadirin yang telah datang menziarahi jennazah isterinya, Datin Kamariah Kamarudin yang meninggal dunia jam 6 pagi semalam selepas sekian lama melawan penyakit barah. Beliau yang mewakili ahli keluarganya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menziarahi kediamannya di Kelana Jaya untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati di atas pemergian ke rahmatullah isterinya dan ibu tercinta kepada anak-anaknya yang tercinta. “Kehadiran dan rakaman takziah dan simpati mereka amat mengharukan saya dan moga Allah SWT memberikan ganjaran atas keikhlasan mereka.,” katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. (Gambar: Datuk Seri Anwar dan Dr Wan Azizah antara yang hadir) Kamaruddin berkata, beliau sekeluarga akan menjadikan setiap takziah dan simpati daripada semua pihak sebagai modal semangat untuk terus melalui ujian yang penuh cabaran dari Allah SWT. |
Khamis, 12 November 2009
Permohonan maaf, penghargaan Datuk Kamarudin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan