Ahad, 15 November 2009

Bai'ah Menjadikan PAS DiGeruni Hari Ini.

Oleh Angkasanuri


Sama macam cerita Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) ke Mekah cerita tentang bai'ah telah disensasikan terutama oleh media milik Umno@BN dan mereka yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang mempertikaikan amalan bai'ah dalam Pas adalah mereka yang buta dengan Sirah Nabi SAW.

Amalan bai'ah wujud sebelum hijarahnya Nabi SAW ke Madinah. Bacalah Sirah Nabi SAW tulisan seperti Muhamad Sa'id Ramadhan Al Buti kita pasti akan menemui Ba'iah yang berlaku di zaman Nabi SAW. Cuma bai'ah talak tiga seperti yang didedahkan mungkin lebih kepada individu tertentu dan tidak menjadi pra syarat untuk menyertai perjuangan Pas. Itu adalah kehendak individu itu sendiri.

Semasa di universiti dahulu saya juga terlibat dengan bai'ah setelah berakhirnya Tamrin Qiyadi (pimpinan) di Markas Tarbiyyah Pas Taman Melewar pada sekitar tahun 1990-an. Masa itu tamrin itu telah dihadiri dan diberi pengisian oleh pimpinan tertinggi Pas antaranya Allamarhum Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Hassan Shukri, Tn Guru Jaliludin Wahid dan ramai lagi. Saya masih menyimpan 'sijil bai'ah' berkenaan dan dijaga dengan elok sehingga hari ini.

Bai'ah ini menjadikan saya Insyallah kekal dalam Pas dan tidak mengkhinati parti sampai bila-bila.Selepas meninggalkan pengajian di universiti, dalam pilihanraya umum 1999 di Pahang misalnya , pada malam penamaan calon saya dan sahabat ditawarkan ratusan ribu ringgit oleh agen bekas timbalan Menteri Besar Pahang ketika itu ( Datuk Hassan Ariffin ) untuk mengkhinati parti dengan memberi kemenangan percuma kepada Umno. Tugasnya cukup mudah, cuma sengaja lakukan kesilapan pada borang penamaan calon. Tetapi dengan berkat tarbiyyah dan bai'ah bersama Pas menjadikan kami menyedari batas dosa pahala dan halal haram. Malah banyak lagi tawaran yang menyusul selepas itu.

Tawaran yang diterima oleh saya jauh sangat kecil berbanding tawaran yang kadang-kadang mencecah jutaan ringgit seperti yang diterima oleh wakil rakyat Pas di Kelantan misalnya selepas pilihanraya umum 2004 untuk menumbangkan kerajaan TGNA. Apa yang saya nak nyatakan di sini bai'ah menjadi Pas cukup digeruni pada hari ini. Menjadikan Pas kekal kuat dan utuh hari ini. Terlalu jarang-jarang kita mendengar pimpinan Pas mengkhianati parti berbeza dengan parti lain.

Peringatan saya buat Umno@BN bahawa orang Pas tidak gelap mata dengan kuasa dan harta yang dimiliki oleh mereka , buatlah tohmahan, fitnah dan sensasikannya pimpinan dan ahli Pas yang ditarbiyyah dan melalui proses bai'ah tidak akan sama sekali tergugat. Malah pimpinan dan ahli Pas tulen bukan sahaja sanggup berkorban harta malah nyawa untuk mendaulat dan menegakkan keadilan dan keindahan Islam di muka bumi ini

http://angkasanuri.blogspot.com/

Tiada ulasan: