BERNAMA
PELABUHAN KLANG: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru Kementerian Pengangkutan melantik seorang wakil pekerja dalam Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) untuk menjaga kepentingan 20,000 pekerja pelabuhan itu.
Naib presiden MTUC A. Balasubramaniam berkata tidak ada wakil pekerja sejak Jun tahun lepas berikutan dengan rombakan itu.
Bagaimanapun, MTUC tidak bersetuju dengan ketegasan kementerian itu bahawa lembaga berkenaan hendaklah mengambilkira mereka yang boleh memberikan sumbangan terhadap operasi pelabuhan tersebut.
"Sumbangan pekerja terhadap operasi pelabuhan adalah penting dan mereka hendaklah diwakili dalam lembaga tersebut, kata Balasubramaniam yang juga setiausaha Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Bekalan Sampingan Pelabuhan (UNEPASS).
Beliau berkata pekerja diwakili dalam lembaga itu sejak 1964 kecuali antara 1986 hingga 1994.
"Kita harap kementerian itu akan mempertimbangkan dan melantik semula seorang wakil secepat mungkin bagi mengekalkan kepentingan keharmonian dan kecekapan fungsi perkhidmatan pelabuahn itu," tambah beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan