Ahad, 27 September 2009

50,000 warga emas hidap Alzheimer

UTUSAN ONLINE


PETALING JAYA - Seramai 50,000 penduduk negara ini yang berumur 65 tahun ke atas menghidap penyakit Alzheimer, kata Pengerusi Exco Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (AFDM), Datuk Dr. Yim Khai Kee.

Menurutnya, jumlah tersebut semakin meningkat kerana pengetahuan dan pendedahan rakyat Malaysia berhubung penyakit Alzheimer adalah begitu rendah.

"Saban tahun, pesakit Alzheimer semakin bertambah disebabkan kurangnya kesedaran dan pemahaman berhubung penyakit ini (Alzheimer), tetapi orang ramai mengambil mudah isu itu.

"Rentetan daripada masalah ini, pesakit Alzheimer, penjaga dan ahli keluarga sukar mendapatkan bantuan yang sepatutnya," katanya pada majlis Rumah Terbuka Hari Alzheimer Sedunia di sini hari ini.

Hari Alzheimer Sedunia yang disambut pada 21 September setiap tahun diadakan bagi meraikan pesakit itu dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit tersebut serta tanda-tanda demensia (hilang ingatan atau tanpa minda) dan nyanyuk.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penyakit Alzheimer, boleh menghubungi talian 03-7956 2008 atau laman web www.adfm.org.my untuk keterangan lanjut.

Tiada ulasan: