AP
WASHINGTON: Rumah Putih buat pertama kali memberi reaksi bahawa permintaan Presiden Barack Obama supaya pusat tahanan tentera Amerika di Teluk Guantanamo ditutup menjelang Januari tahun depan, mungkin tidak dapat ditunaikan.
Pegawai kanan pentadbiran memberitahu The Associated Press (AP) bahawa Obama masih komited supaya Guantanamo ditutup dalam tempoh setahun seperti dijanjikan ketika baru dipilih menjadi Presiden Amerika.
Pegawai berkenaan berkata, antara faktor tempoh itu terpaksa dilanjutkan berikutan proses mengkaji semula kes tahanan yang terlalu perlahan.
Katanya, ketika ini, 225 kes banduan di pusat tahanan itu masih menunggu untuk diselesaikan.
"Masalah timbul bagaimana setiap kes atau orang tahanan perlu ditangani dengan cara terbaik, termasuk di mana harus mereka ditempatkan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan