Ahad, 27 September 2009

Alex Yoong bakal jadi pemandu F1 1Malaysia ?

BERNAMA


SINGAPURA: Pasukan F1 1Malaysia untuk musim 2010 berkemungkinan besar diketuai pemandu yang luas pengalaman.

Kini pencarian untuk seorang pemandu yang hebat masih berjalan.

Mungkin untuk tujuan itu Pasukan Lotus F1 Team yang diketuai oleh ketua pasukan Datuk Seri Tony Fernandes kini menghadiri Grand Prix FI Singapura untuk mencari pemandu berkenaan.

Pemandu seperti Kimi Raikonen dari pasukan Ferrari dan bekas juara dunia Fernando Alonso dari pasukan Renault, pemenang GP Singapura tahun lepas adalah antara nama yag disebutsebut.

Bercakap di luar GP Singapura di Sirkit Marina di sini pada Sabtu, Fernandes berkata pasukannya tidak mahu jauh ketinggalan.

"Kami mahu membuktikan yang kami boleh bersaing dengan pendatang baru yang lain dalam F1 sejak mula dan pada pertengahan musim, kami berharap berada pada pertengahan kelompok.

"Tetapi selepas tiga hingga lima tahun, kami berharap akan menjadi antara yang terbaik," katanya.

Fernandes berkata pihaknya mahu pemandu Malaysia yang memandu pasukannya tetapi selagi pemandu tempatan belum bersedia, peluang itu tidak akan diberikan kepadanya contohnya seperti Alex Yoong yang tidak begitu membuat impak.

Juga terdapat cakap-cakap bahawa Fairuz Fauzy, pemandu GP 2 dan Jazeman Jaafar, juara Formula BMW Asia sedang dipertimbangkan sebagai pemandu kedua.

Tiada ulasan: