Selasa, 13 Oktober 2020

Tuan Ibrahim nafi 2 MP PAS sokong Anwar

MALAYSIAKINI

 Malaysiakini

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu sudah bersiap sedia dengan apa juga kemungkinan yang berlaku sekiranya berlaku peralihan kuasa.

Dia juga menafikan dua ahli parlimen parti itu menyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Katanya, setakat ini parti itu memilih untuk bersikap tunggu dan lihat apa yang berlaku selepas Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Dalam situasi Covid-19 yang melanda negara dan ekonomi belum pulih, rakyat berdepan tekanan hingga keutamaan kita seharusnya pada isu membabitkan kepentingan rakyat daripada isu kecamuk politik tidak selesai.

"Saya baca beberapa analisis dibuat sebahagian besar rakyat cakap sudah bosan dengan situasi berlaku," katanya, lapor BH Online.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata semua 18 ahli parlimen PAS tetap menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin Yassin.

"Kita payah nak jangka dan ketika ini semua memerhati cuma tengok dari segi dia (Anwar) mendakwa sudah cukup bilangan untuk capai majoriti kukuh.

"Parti politik yang nama disenaraikan sudah buat laporan polis.

“Berdasarkan laporan yang ada, rasa macam tidak mungkin, tetapi kita akan tengoklah," katanya.

Tiada ulasan: