Rabu, 28 Oktober 2020

PH bincang pasal Anwar dan Bajet pada Khamis

MalaysiaGazette
MGF23082018_WALKABOUT-CALON-PH_20-681x454
Pakatan Harapan akan membincangkan tentang Bajet 2021 pada Khamis.

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk membincangkan perkembangan semasa dan melakukan persiapan untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula.

Oriental Daily melaporkan, mesyuarat PH antaranya akan membincangkan keadaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan beliau menerima sokongan majoriti.

Sumber berkata, sekiranya tiada “perkembangan selanjutnya” berhubung sokongan majoriti Anwar, maka PH juga perlu mengorak langkah membincangkan Bajet 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: