Jumaat, 16 Oktober 2020

Muhyiddin selesai berunding dengan UMNO malam tadi

Oleh ASLINDA NASIR
MUHYIDDIN YASSIN

KUALA LUMPUR: Pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua orang pimpinan UMNO telah diadakan malam tadi. 

Ia melibatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan dan Bendahari BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai rundingan dan pertimbangan UMNO untuk  keluar dari Perikatan Nasional (PN). 

Bagaimanapun menurut sumber, butiran lanjut belum didedahkan kepada biro politik yang lain, namun sudah dimaklumkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Hasil rundingan itu juga difahamkan akan dibawa dalam majlis mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Sabtu ini yang akan dibuat secara dalam talian. 

“Selepas daripada itu, baru hasil keputusan dari rundingan itu akan dimaklumkan kepada umum,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: