Jumaat, 30 Oktober 2020

Berapa lama bakul makanan mampu bertahan?

  Borhan Abu Samah

Bantuan Bakul Makanan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 yang disebut sebagai ‘bakul makanan’ tidak berkesan.
 
Sehubungan itu Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan kerajaan negeri supaya bertindak dengan lebih proaktif.
 
“Sebab itu, saya dah pesan beberapa kali bahawa penularan Covid di sana tidak akan mudah terkawal di kawasan-kawasan hotspot Covid dan penduduk tanpa dokumentasi selagi mereka tidak dibantu untuk duduk di rumah.
 
“Berilah tambahan RM1,000 khusus BPN kepada warga Sabah.
 
Kerajaan Sabah juga perlu wujudkan tabung Covid Sabah supaya kita boleh salurkan sumbangan kepada NGO-NGO tempatan Sabah untuk mereka membantu termasuk membantu penduduk yang tidak berdokumen.
 
“Mana mungkin kita biarkan bukan warganegara mati kebuluran di atas tanah Malaysia?” kata Najib.
 
Kata beliau, PKPD yang lebih ketat berbanding PKPB sudah dilaksanakan di sana lebih sebulan.
 
“Sekadar memberi bakul makanan sahaja tak cukup. Berapa lama bakul makanan mampu bertahan?” katanya.
 

Kerajaan negeri Sabah mengagihkan bakul makanan kepada penduduk terjejas di zon merah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan penularan Covid-19.

Setakat hari ini sebanyak 5,134 bakul makanan diagihkan di kawasan berkenaan.

Pengagihan bakul makanan dilakukan di Lahad Datu sebanyak 1,150 bakul makanan, Semporna (2,431), Kunak (553) dan Tawau (1,000).

Manakala, bagi daerah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Sandakan,

Tuaran dan Papar, pengagihan bakul makanan dimulakan pada 12 Oktober.

Kerajaan negeri juga menerima bantuan 6,300 bakul makanan dari kerajaan persekutuan dan sebanyak 1,000 bakul diagihkan di Kunak, Semporna (1,000), Lahad Datu (1,500), Sandakan (1,500), Tawau (1,000) serta Kota Kinabalu (300).

Agihan itu diselaraskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengagihan bakul makanan itu dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah.

Keutamaan agihan bakul makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu penduduk yang terjejas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diperketatkan (PKPBD).

Ia membabitkan kawasan kampung yang dikenakan perintah ‘lock down’ dan keluarga yang tidak boleh keluar rumah atas arahan kuarantin rumah.

Tiada ulasan: