‘Orang kanan’ Datuk Seri Najib Razak tampil menafikan dakwaan kononnya kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu adalah disebabkan oleh skandal 1MDB.
Sebaliknya, Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, punca utama kekalahan BN ialah kerana pengundi-pengundi muda tidak menyokong BN.
Beliau berkata, dakwaan bekas Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin bahawa gabungan itu kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB adalah satu fakta yang salah.
Katanya, sebenarnya, Khairy antara punca kekalahan BN kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk menarik sokongan anak muda kepada BN.
“BN kalah sebab KJ tidak ‘perform’ untuk menarik pengundi muda.
“Hampir kesemua peti-peti undi di saluran-saluran muda BN kalah di seluruh negara berbanding peti-peti undi di saluran-saluran bagi peringkat-peringkat umur yang lain yang mana keputusannya adalah lebih rawak,” katanya kepada sebuah portal berita.
Isham yang juga mempunyai kelulusan sarjana politik, ekonomi dan undang-undang daripada Universiti Harvard berkata demikian bagi menempelak kenyataan Khairy yang menjelaskan bahawa BN kalah pada PRU14 lalu berpunca daripada skandal 1MDB.
Beliau yang juga merupakan bekas Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak berkata, ini membuktikan bahawa faktor utama kekalahan BN adalah faktor kegagalan menarik undi muda, dan walaupun faktor-faktor lain memainkan peranan, namun ianya tidaklah signifikan berbanding faktor penolakan pengundi muda ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan