Isnin, 5 November 2018

UMNO GAGAL DIBUBAR




Harapan 16 orang bekas anggota UMNO yang mahu melihat parti tertua kaum Melayu itu terkubur akhirnya punah apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan untuk memohon pembubaran parti tersebut.

Hakim Datuk Dr. Badariah Sahamid selaku ketua panel tiga hakim bertindak mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang terlebih dahulu menolak semakan kehakiman yang dipohon mereka.

Permohonan yang diketuai oleh Ketua Cawangan Seri Merpati Pandan Indah, Salihudin Ahmad Khalid itu dibuat ekoran dakwaan UMNO gagal membuat pemilihan peringkat cawangan dan bahagian mengikut tempoh yang ditetapkan.

April lalu, mereka memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk membenarkan lanjutan bagi membolehkan cawangan dan bahagian UMNO menangguhkan pemilihan parti selepas PRU ke-14.

Mahkamah Tinggi kemudiannya menolak permohonan semakan kehakiman itu berdasarkan Seksyen 18C Akta Pertubuhan yang menyatakan anggota parti tidak boleh membawa pertikaian melibatkan parti ke mahkamah.

Tiada ulasan: