Isnin, 16 Julai 2018

NGO bantah hasrat kerajaan negeri Sabah lulus dokumen PATI

ainulillia


Tindakan bakal beri kesan lambakan warga asing



KOTA KINABALU– Seramai 200 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sorak Sabah mengadakan perhimpunan aman hari ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa akan meluluskan dokumen pekerjaan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengerusi Persatuan Sorak Sabah, Jamain Sarudin berkata, tindakan kerajaan negeri baharu yang berhasrat untuk memberi dokumen pekerjaan kepada rakyat asing amat tidak wajar kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah pada masa akan datang.

Katanya, perkara itu juga akan memberi kesan kepada lambakan PATI di negeri ini dan menimbulkan masalah kelak.

“Tindakan itu secara tidak langsung akan mengancam keselamatan negara dan hak kewargenegaraan selain menyalahi undang-undang.

“Selain itu, tindakan tersebut juga salah kalau mengikut perundangan dan tidak patut dilaksanakan demi kepentingan bersama,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian ketika perhimpunan itu di Gaya Street hari ini.


Tiada ulasan: