Khamis, 12 Julai 2018

Mahkamah diberitahu selepas bercerai, bapa tiada hak tentu agama anak

 
Peguam mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Nizam Bashir berkata, ibu yang memeluk Islam perlu menentukan agama anaknya selaku penjaga sah mereka.


Nizam Bashir yang mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, bapa hanya boleh menjadi pemerhati dalam kehidupan anaknya.


KUALA LUMPUR: Seorang bapa beragama Buddha yang tidak diberikan hak penjagaan anaknya tiada hak menentukan agama mereka dalam Islam, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Peguam, Nizam Bashir berkata, lelaki berusia 46 tahun itu hanya boleh memainkan peranan “pemerhati” dalam kehidupan 2 anaknya dan tiada hak untuk membincangkan cara didikan mereka.

“Beliau mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan juga menyayangi serta menyokong mereka.

“Tetapi, cara hidup dan didikan anak perlu ditentukan ibu mereka yang mendapat hak penjagaan penuh daripada mahkamah.”
Nizam mewakili pendaftar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi mualaf dalam tuntutan yang difailkan bapa itu untuk membatalkan penukaran agama 2 anaknya kepada Islam oleh ibu mereka.

Bapa itu turut memohon pengisytiharan mengenai sijil penukaran agama 2 anaknya tidak sah dan terbatal, serta mereka memeluk Islam secara tidak sah.

Beliau mendakwa bekas isterinya menukar agama anaknya kepada Islam dengan niat untuk mendapatkan hak penjagaan mereka.

Pasangan itu bercerai pada April lalu dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memberi hak penjagaan penuh ke atas 2 anaknya kepada bekas isterinya.

Nizam berkata, disebabkan hak penjagaan penuh diberikan kepada ibu itu, tiada orang, termasuk kerajaan atau bekas suaminya boleh mempertikaikan cara beliau mendidik anaknya.

“Mahkamah dalam memberikan hak penjagaan itu, menganggap beliau bertindak atas kepentingan terbaik anak-anaknya.

“Bantahan bapa dalam penukaran agama itu dipertikaikan selepas perintah hak penjagaan anak diberikan kepada ibu.”


K Shanmuga (kiri) dan Matt Wong yang mewakili bapa dalam cubaan untuk membatalkan penukaran agama anaknya ke dalam Islam.

Sementara itu, K Shanmuga yang mewakili bapa itu berkata, ibu atau bapa tunggal mempunyai hak perlembagaan ke atas kehidupan anaknya.

“Hak itu tidak patut terhad kepada peranannya sekarang dengan akses lawatan.

“Ternyata beliau tidak dirujuk atau memberi kebenaran untuk anaknya memeluk Islam.”

Katanya, mahkamah tidak patut menumpukan kenyataan anak di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mereka “tertarik” kepada Islam.

“Mereka berumur 3 dan 7 tahun, terlalu muda untuk faham dan mengucap 2 kalimah syahadah.”
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizah Nawawi menetapkan 16 Oktober ini untuk menyampaikan keputusannya

Tiada ulasan: