Selasa, 17 Julai 2018

Lelaki maut jatuh tangki air


Seorang lelaki maut selepas jatuh dari tangki air
Seorang lelaki maut selepas jatuh dari tangki air berhampiran Villa Puteri, Bandar Tasik Puteri di sini, malam tadi.
 
 
RAWANG - Seorang lelaki maut selepas jatuh dari tangki air berhampiran Villa Puteri, Bandar Tasik Puteri di sini, malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai,Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor , Alimaddia Bukri berkata, mangsa dikenali sebagai Ng Kah Lun berusia 21 tahun dan beralamat di Kundang.

Menurutnya, pusat kawalan menerima panggilan kecemasan jam 10.03 malam tadi.

"Anggota bertugas yang sampai di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia selepas terjatuh dari tangki air yang ketinggiannya dianggarkan tingkat tiga bangunan.

"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Tiada ulasan: